Honor of Kings perkenalkan pelbagai aktiviti sempena Year of the Snake bermula 27 Januari

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Honor of Kings kini memperkenalkan aktiviti menarik sempena Tahun Ular bermula 27 Januari ini di mana pemain berupaya mendapatkan 20 voice line berbeza dari kumpulan 3P!

Kumpulan muzik ini terdiri daripada Danny Lee, Kevin Ong dan Caven Tang.

Sertai dalam giveeaway ketika Tahun Baru Cina ini untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti Razer Seiren V3 Mini, Razer Kiyo, pemberian Ang Pao dan aktiviti lain di Sunway Pyramid dan Sunway Velocity.

Dari 24 Januari hingga 9 Februari, sertai giveaway di laman sosial HOK Malaysia dan menangi sehingga lapan set Razer Seiren V3 Mini dan Razer Kiyo. 

Dapatkan juga Ang Pao dari cosplayer Honor of Kings di lokasi berikut bermula jam 1 petang hingga 5 petang:

1 Februari – Sunway Pyramid

2 Februari – Sunway Velocity

 

Bukan itu saja, HOK juga mengadakan acara Rerun Skins dan anda berpeluang mendapatkan skin dan voice pack ini dari 28 Januari hingga 27 Februari:

  • Skin Lee Chong Wei
  • Bingkai dan Avatar Lee Chong Wei
  • Voice Pack Nigel Sparks
  • Stiker dan Bingkai Hari Malaysia

RELATED NEWS

+