Renejay, Yawi dan H2WO tinggalkan MLBB dan sertai Honor of Kings

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Tiga pemain popular MLBB, Renejay, Yawi dan H2WO kini diumumkan menyertai kancah esukan Honor of Kings (HOK). 

Yawi sebelum ini pernah mengungguli dunia MLBB dengan kemenangan di kejohanan dunia MLBB, M4 bersama ECHO dan baru-baru ini menyatakan hasrat meninggalkan pasukannya di MPL Filipina, iaitu TNC Pro Team.

Renejay pula meninggalkan skuad Aurora Gaming selepas gagal menempah slot ke Esports World Cup (EWC) manakala H2WO, salah seorang pemain bintang Smart Omega Neos keluar dari organisasi itu selepas dua musim bertanding di MDL Filipina.

Ketiga-tiga mereka bersama dua pempengaruh poular, Sumpak dan Akosi Dogie.

Keputusan mereka untuk beerpindah ke Honor of Kings bukan sekadar perpindahan platform tapi juga menjadi lembaran baru dalam e-sukan di Asia Tenggara. Pastinya peminat yang selama ini merindui gaya permainan mereka akan tetap mengikuti perjalanan pemain-pemain hebat ini di kancah HOK kelak.

RELATED NEWS

+