Black Shrew Esport kini kembali ke nama asal pasukan mereka selepas berpisah dengan LGD.MY.
Sebelum ini BSE berkolaborasi degan LGD Gaming dan menjadi juara untuk Honor of Kings Invitational 2024 Musim Kedua dan mendapat tempat kedua di Honor of Kings Invitational Midseason 2024 di Riyadh.

Foto: Black Shrew Esport
Oleh itu, nama BSE akan terus digunakan untuk mana-mana pertandingan yang akan datang nanti.
The Black Shrew atau Cencurut Hitam yang hanya diketahui wujud di Gunung Kinabalu Sabah merupakan spesies terancam kerana kehilangan habitat.
Cencurut ini ialah spesies yang paling kecil jenisnya dan tinggal di bahagian Asia Tengah.
Barisan pemain buat BSE juga kekal seperti biasa:
- MusangKing – Jungler
- Zhe – Roaming
- Zhihong – Mid Lane
- Siang – Clash Lane
- Jimmy – Jungler
- JR – Farm Lane
- Joker – Jurulatih
Selamat maju jaya buat Black Shrew Esport!

setahun yang lepas