HOK: Kagendra juara IKL Spring 2025, Indonesia hantar tiga wakil ke KWC di EWC 25

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kejohanan Indonesia Kings Laga (IKL) Spring 2025 berakhir dengan penuh kejutan pada malam Ahad, 1 Jun apabila Kagendra muncul sebagai juara pertama dalam sejarah kejohanan itu.

Dalam pertarungan sengit yang berlangsung di Mal Taman Anggrek, Jakarta, Kagendra berjaya menewaskan pasukan pilihan, Dominator Esports dengan skor sengit 4-3 selepas melalui perlawanan format penuh best of 7. Kejayaan ini sekaligus menamatkan dominasi Dominator yang sebelum ini cemerlang di musim liga.

Pertarungan Grand Final menyaksikan Dominator Esports gagal mempertahankan dominasi mereka meskipun sempat mendahului. Kecekapan Kagendra dalam menyesuaikan strategi dan prestasi hebat pemain seperti Wiraww mengubah arus permainan. Dalam pusingan penentuan “Ultimate Battle” yang berlangsung tanpa larangan (ban) pemilihan hero, Kagendra tampil bergaya dengan kemenangan penentuan. Pemain Senko dari Kagendra dinobatkan sebagai MVP Final IKL Spring 2025.

Bigetron Esports pula meraih tempat ketiga selepas tersingkir oleh Kagendra di final lower bracket. Ketiga-tiga pasukan terbaik iaitu Kagendra, Dominator Esports dan Bigetron kini secara rasmi akan mewakili Indonesia di Kejohanan Dunia Honor of Kings (KWC) 2025 yang bakal berlangsung di Riyadh, Arab Saudi bermula 15 hingga 26 Julai, dengan jumlah hadiah keseluruhan mencecah AS$ 3 juta.

Acara penutup IKL Spring 2025 turut mendapat sambutan hangat daripada orang ramai serta sokongan penuh daripada kerajaan Indonesia dan PB ESI. Wakil Menteri Kebudayaan, Giring Ganesha, memuji sinergi antara penggiat industri permainan dan kerajaan dalam memajukan budaya kreatif negara.

Kehadiran elemen budaya tempatan seperti persembahan gamelan bersama muzik hip-hop turut memeriahkan suasana, menjadikan IKL bukan sekadar kejohanan, tetapi perayaan besar bagi dunia esports Indonesia.

RELATED NEWS

+