HoYo FEST 2025 akan dianjurkan di Malaysia pada 24 Julai ini, penjualan tiket bulan depan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Bersedia untuk kembali menyelami dunia Genshin Impact, Honkai Impact 3rd, Honkai: Star Rail, dan Zenless Zone Zero dalam HoYo FEST 2025! Acara tahunan ini bakal berlangsung dari 24 hingga 27 Julai di enam negara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, dan Vietnam.

Ia membawakan pengalaman unik penuh warna kepada peminat setia HoYoverse.

Tahun ini, acara ini lebih meriah dengan pelbagai aktiviti menarik selama empat hari seperti reruai bertema permainan, cabutan bertuah, dan barangan eksklusif yang hanya boleh didapati di HoYo FEST.

Di Malaysia, ia akan dianjurkan di Pusat Pameran Pavilion Bukit Jalil dari 24 Julai hingga 27 Julai ini.

Zon Artist Alley kembali dan akan diperluas ke semua negara, memberi peluang kepada artis tempatan untuk menjual karya mereka yang diinspirasi oleh dunia HoYoverse iaitu satu inisiatif istimewa yang jarang dilakukan oleh syarikat permainan di rantau ini.

Sebagai tambahan baharu, pentas utama kini dibuka kepada cosplay, persembahan seni, dan pencipta kandungan. Ia memberi ruang kepada komuniti untuk berkongsi bakat mereka secara langsung di hadapan peminat lain, mewujudkan suasana komuniti yang lebih erat dan kreatif. Barisan penuh artis dan penghibur akan diumumkan hujung Jun ini.

Tiket akan mula dijual pada 24 Jun jam 11 pagi (UTC+8) di laman rasmi HoYo FEST. Terdapat pilihan tiket harian, berbilang hari dan Fast Pass dengan keistimewaan seperti akses awal dan barangan eksklusif.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari laman web rasmi HoYo FEST 2025.

RELATED NEWS

+