Ikan spesis baru diberi nama sempena Super Saiyan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Satu spesis ikan baru telah dijumpai dan diberikan nama Vanderhorstia supersaiyan.

Sama seperti pertukaran Goku ke Super Saiyan dalam Dragon Ball Z.

Transformasi Super Saiyan ini adalah antara transformasi anime paling ikonik dalam dunia dan berlaku ketika Goku berlawan dengan Frieza.

Ikan Goby ini berwarna kuning terang berjalur dan terus mengingatkan penyelidik tentang Super Saiyan.

Ikan ini dijumpai di Pulau Ishigaki-Jima di Okinawa kira-kira 210 meter. Ikan kecil ini hanya sebesar 77 milimeter tetapi warnanya sangat menyerlah.

Dijumpai di Zon Twilight di Jepun, tempat ini merupakan kawasan marin yang tidak dieksplorasi dengan lebih mendalam lagi.

Foto: Toei

Dalam cahaya yang sangat rendah, ikan goby ini menunjukkan warna yang terang berbanding ikan di tempat dalam yang lain.

Vanderhorstia Supersaiyan telah didokumentasikan secara rasmi di Ichthyological Research.

RELATED NEWS

+