Filler arc dalam anime selalunya wujud disebabkan anime sampai ke bab manga paling terkini.
Selalunya filler arc dianggap satu gangguan dan penceritanya jarang menyeronokkan dan ramai sebenarnya terus untuk elak dari menonton filler arc dalam anime.
Tetapi masih ada filler arc yang korang patut tengok:
1. Zanpakuto Rebellion Arc (Bleach)

Foto: Studio Pierrot
Arc ini menceritakan apa yang akan terjadi apabila Zanpakuto (senjata shinigami) mempunyai rupa fizikal dan membelot tuan mereka.
Beberapa karakter baharu juga akan diperkenalkan seperti Zanpakuto dengan personaliti mereka sendiri.
Penceritaan diantara Shinigami dan Zanpakuto mereka juga menjadi fokus untuk perlawanan hebat dan pembinaan karakter.
Ini adalah antara filler arc paling disukai ramai dalam Bleach.
2. Anbu Arc Kakashi (Naruto)

Foto: Studio Pierrot
Menceritakan zaman Kakashi ketika dia masih dalam skuad Anbu.
Arc ini menunjukkan bagaimana Kakashi yang merupakan seorang pembunuh upahan tiada empati sehingga menjadi seorang ketua yang baik.
Tambahan lagi, arc ini memberitahu anda bagaimana hubungan Kakashi dengan Hokage ke-4 dan Yamato ketika muda.
Kakashi juga menunjukkan banyak emosi seperti kehilangan orang tersayang, rasa bersalah dan perjalanannya untuk menjadi ninja.
3. G-8 (One Piece)

Foto: Toei Animation
Antara filler arc anime yang dikatakan terbaik antara semua filler arc.
G-8 adalah cerita selepas Straw Hat keluar dari Skypeia dan mereka terjatuh ke pengkalan marine G-8.
Kini krew Straw Hat terpaksa mencari jalan untuk melarikan diri yang menyebabkan banyak perkara lucu dan situasi tegang berlaku.
Arc ini menunjukkan penipuan, pembinaan strategi yang sangat menarik perhatian penonton.
4. Endless Eight (The Melancholy of Haruhi Suzumiya)

Foto: Kyoto Animation
Arc Endless Eight adalah satu arc lapan episod dalam The Melancholy of Haruhi Suzumiya yang memaparkan lapan episod yang berulang-ulang.
Setiap episod memaparkan sedikit perbezaan dari episod sebelumnya.
Pusingan masa untuk arc ini berulang sebanyak 15,532 kali sehingga para karakter akhirnya berjaya keluar dari terperangkap dalam masa yang sama.
Walaupun ramai mengkritik arc ini, tetapi keberanian studio untuk menceritakan time loop sehingga lapan episod mendapat pujian ramai.
5. Other World Saga (Dragon Ball Z)

Foto: Toei Animation
Filler ini adalah selepas kematian Goku berlawan dengan Cell.
Dia kini berada di alam barzakh yang dikenali sebagai Other World dan berjumpa dengan ramai rakan baharu dan musuh lama.
Goku pula perlu berlawan dalam satu pertandingan diantara pahlawan-pahlawan yang sudah mati dari serata alam semesta.
Apa lagi filler arc yang patut ditonton?
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas