Infinix HOT 50 5G kini dilancarkan dengan harga RM599

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Infinix baru-baru ini mengumumkan pelancaran Infinix HOT 50 5G yang dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 6300 5G untuk kesesuaian bagi sesi permainan mudah alih, streaming dan multi-tasking.

Ia juga sangat nipis dengan hanya 7.88 inci dan ringan, 188g sahaja. Menggunakan skrin 6.7 inci, ia mempunyai kadar segar semula 120Hz dan pengecasan pantas 18W FastCharge. Dikhabarkan jangka hayat bateri peranti ini tetap berada pada tahap lebih 80% walaupun selepas empat tahun.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan fungsi kecerdasan artifisial (AI) yang boleh memudahkan tugasan dan meningkatkan produktiviti pengguna. Anda boleh menulis, meringkaskan dan mengoptimumkan tugasan harian dengan fungsi Ask AI.

Pembantu AI, Folax pula boleh memudahkan anda untuk mendengar muzik, membuat panggilan dan melancong.

Dari segi potensi gaming, ia menawarkan gameplay yang lancar untuk MLBB dan HOK selain grafik dipertingkatkan dan response time yang laju. Berbekal 48MP kamera utama, anda boleh merakam foto yang cantik dan foto cahaya rendah dengan AI Super Night Mode.

Ia sudah pun tersedia dengan harga RM599 sahaja dan anda boleh mendapatkannya di Lazada, Shopee, TikTok Shop, Jika anda membelinya di Shopee, anda boleh mendapatkan barangan percuma iaitu Xbuds 3 WE berharga RM99 dari 7 Oktober hingga 15 Oktober ini sahaja.

Infinix HOT 50 5G hadir dalam tiga warna iaitu Sleek Black, Vibrant Blue, Sage Green dan Dreamy Purple.


Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+