Infinix GT 30 dilancarkan dengan harga RM1,099

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Infinix memperkenalkan GT 30 secara rasmi di Malaysia, menambah pilihan dalam siri GT yang dicipta khas untuk penggemar permainan mudah alih.

Telefon pintar ini direka untuk mengatasi masalah seperti haba berlebihan dan FPS tidak stabil agar setiap pengguna dapat menikmati pengalaman gaming yang lancar.

GT 30 hadir dengan keistimewaan seperti butang kapasitif GT Trigger, paparan AMOLED 1.5K 144Hz, cipset MediaTek Dimensity 7400 5G serta sistem penyejukan 3D Vapor Cloud Chamber (3DVCC) yang dibangunkan sendiri oleh Infinix.

 

Digandingkan dengan lebih 25 ciri pintar berasaskan AI, peranti ini bukan sahaja memastikan prestasi mantap ketika bermain game malah sesuai juga untuk kegunaan harian.

Keupayaan telefon ini diiktiraf secara rasmi bagi kadar bingkai tinggi untuk 10 judul popular termasuk MLBB, Free Fire, HOK, dan PUBG Mobile, menjadikannya pilihan tepat bagi pemain tegar.

GT 30 juga tampil dengan Mechanical Light Waves, sistem pencahayaan dinamik yang mampu bertindak balas terhadap situasi dalam permainan dan pada masa sama berfungsi sebagai notifikasi visual untuk muzik, pengecasan atau mesej.

Selain itu, GT 30 turut menampilkan pelbagai ciri AI untuk produktiviti dan kreativiti.

Fungsi seperti ringkasan teks panjang, terjemahan masa nyata, panggilan dengan nota automatik, hingga penjana imej berasaskan teks atau lakaran memudahkan pengguna dalam pembelajaran, kerja, mahupun penciptaan kandungan.

Ditawarkan pada harga RM1,099 dengan tiga pilihan warna iaitu Cyber Blue, Pulse Green, dan Shadow Ash, GT 30 kini boleh didapati melalui kedai rasmi Infinix di Lazada, Shopee, TikTok Shop, serta pengedar sah di seluruh negara.

RELATED NEWS

+