Infinix lancarkan GT 30 Pro – peranti gaming flagship dengan fungsi GT Trigger, paparan AMOLED 144Hz

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Infinix Malaysia hari ini memperkenalkan dua produk terbaru yang direka khusus untuk peminat permainan mudah alih: telefon pintar berkuasa tinggi iaitu Infinix GT 30 Pro, dan tablet gaming pertama mereka, XPAD GT. Kedua-duanya adalah sebahagian daripada ekosistem “GT Verse”, iaitu visi jangka panjang Infinix untuk membina dunia teknologi yang lebih luas dan saling berkait dalam dunia gaming moden.

GT 30 Pro menonjol sebagai telefon pintar kelas pertengahan dengan spesifikasi premium. Ia dilengkapi dengan paparan AMOLED 144Hz, cip MediaTek Dimensity 8350 5G, kamera 108MP, pengecasan pantas berwayar dan tanpa wayar, serta sokongan AI canggih.

Ia turut hadir dengan fungsi GT Trigger, butang sentuh sensitif yang terbina pada bingkai telefon untuk kawalan pantas semasa bermain game. Dengan sistem penyejukan 3D Vapor Chamber, RAM sehingga 24GB dan aksesori tambahan seperti MagCharge Cooler dan MagCase, GT 30 Pro memastikan prestasi stabil walaupun dalam sesi permainan yang panjang.

Peranti pintar gaming ini juga dipilih sebagai telefon rasmi untuk Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia Musim Ke-16, membuktikan tahap keupayaannya di arena e-sukan.

Sementara itu, XPAD GT adalah tablet gaming yang dikuasakan cip Snapdragon 888, skrin 144Hz bersaiz besar, sistem pembesar suara surround 3D, serta bateri 10,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Ia turut dilengkapi sistem penyejukan cecair VC untuk prestasi optimum. XPAD GT bukan sahaja menyokong gaming berkuasa tinggi, tetapi juga menyepadukan teknologi AI Infinix pada skrin lebih besar, menjadikannya ideal untuk hiburan dan produktiviti.

Setiap pembelian turut disertakan papan kekunci magnetik dan stylus bernilai RM599, selagi stok masih ada.

Kedua-dua produk ini ditawarkan pada harga yang kompetitif. GT 30 Pro bermula dari RM1,299 dan XPAD GT pada RM1,699.

GT 30 Pro boleh didapati dalam tiga warna menarik: Dark Flare, Shadow Ash dan Blade White, manakala XPAD GT hadir dalam Stellar Grey.

Pembelian boleh dibuat melalui kedai rasmi Infinix di Lazada, Shopee, TikTok Shop   atau pengedar sah di seluruh negara.

RELATED NEWS

+