Epic adalah antara syarikat permainan video yang sangat menjaga harta intelektual mereka.
Baru-baru ini Fortnite berjaya menangkap dua pemain yang kini dipaksa untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Kami sudah mengambil tindakan undang-undang ke atas dua orang yang menipu dan melanggar peraturan kami,” ujar Epic.
“Seorang pelaku ditangkap menjual dan menggunakan cheats dan seorang lagi membuat satu serangan siber ke atas pencipta kandungan ketika mereka stream (serangan DDoS). Kedua-dua pesalah ini diarah untuk menghentikan aktiviti ini dan diharamkan terus dari bermain Fortnite. Jika anda melanggar peraturan, pasti akan ada akibatnya.” dari Epic.
Permohonan maaf pertama dibuat oleh penjual cheats dengan nama Mirrored.
“Saya ingin memohon maaf kepada komuniti Fortnite kerana menipu dalam pertandingan Fortnite, menjual dan menyebarkan cheats termasuk memberikan mereka perkakas untuk membolehkan cheat itu berlaku,” dari permohonan maaf Mirrored di YouTube.
Pesalah kedua pula bernama Zebsi yang membuat serangan Distributed Denial of Service (DDoS) kepada TTVHumty.LLC.
“Saya memohon maaf atas serangan DDoS yang memberi impak kepada streamer, pemain lain dan juga Epic Games. Akaun saya kini sudah diharamkan dari Fortnite. Saya kesal dengan perbuatan saya dan tidak akan melakukan serangan DDoS lagi,” ujar Zebsi di YouTube.
Tidak mengejutkanjika selepas ini Epic Games akan melakukan perkara sama buat individu lain yang ditangkap menipu supaya menjadi pengajaran kepada semua.

setahun yang lepas