E-sukan tidak akan pernah lari dari pemain-pemain yang cuba menipu termasuk menggunakan khidmat bantuan dari pemain lain semata-mata untuk layak ke pusingan seterusnya.
Cheating is never a winning strat.
We took legal action against a player who shared their account to unfairly qualify for FNCS. Now they’re banned from Fortnite tournaments forever and their undeserved prize money was donated to charity.
Here’s their message to the Fortnite…
— Fortnite Competitive (@FNCompetitive) February 17, 2025
“Menipu bukan cara untuk menang,” ujar Epic di laman X.
Seorang pemain profesional Fortnite dari Australia bernama Repulse didapati menggunakan khidmat joki ketika FNCS Grand Finals pada tahun 2023.
Dia berkongsi akaunnya dengan pemain bernama Forbes yang turut membantunya untuk layak ke Grand Finals.
Repulse kini diharamkan selamanya dari bertanding di mana-mana pertandingan profesional Fortnite dan dia juga diarah untuk memuat naik satu video permohonan maaf.
Tambahan lagi dia juga perlu membayar semula wang ‘kemenangan’ kepada badan amal.
Dalam video itu Repulse mengatakan dia tidak lagi akan menipu dalam Fortnite.
Nampaknya perjanjian untuk tidak menipu tidak berguna lagi kerana dia tidak lagi boleh bertanding.
Ramai peminat Fortnite rasa bersyukur dengan Epic kerana tidak berkompromi dengan penipu.

setahun yang lepas