Satu era baharu bakal berlaku untuk Ligal Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia.
MPL Malaysia mengumumkan langkah berani ke “format francais yang dipertingkatkan”.
Format baharu ini akan mengambil elemen dari model francais tradisional yang telah digunakan oleh liga sukan di peringkat global seperti National Football League (NFL) dan National Basketball Association (NBA).

Foto: Eric Asp
Liga ini akan membawa satu model unik untuk membawa industri esukan Malaysia ke tahap lebih tinggi dan menyediakan lebih banyak peluang untuk ekosistem.
MPL Malaysia musim ke-16 akan menjadi musim terakhir sebelum memasuki fasa seterusnya dengan “format francais yang dipertingkatkan”.
“Hari ini menandakan satu pencapaian penting buat MPL Malaysia. Langkah ini akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai salah satu harta intelek hiburan terkemuka negara dan membina ekosistem yang lebih mampan untuk pasukan, pemain, serta rakan kerjasama. Dengan pelaburan strategik ke arah kestabilan jangka panjang, kami membuka laluan baharu untuk pembangunan bakat, pertumbuhan komersial, dan penglibatan peminat yang lebih mendalam. Ini akan memastikan MPL Malaysia terus menjadi penanda aras hiburan sukan di Malaysia serta menetapkan standard global bagi kecemerlangan esukan,”, – Krystal Tan, Ketua Pembangunan Perniagaan untuk Esukan Malaysia di MOONTON Games.
Format ini adalah memastikan MPL Malaysia stabil untuk jangka masa panjang sekaligus membuka laluan baru bagi bakat baharu dan pertumbuhan lebih komersial.
MPL Malaysia juga akan memperkenalkan barisan rakan kerjasama baru dan lama buat MPL Malaysia.
Rakan kerjasama ini terdiri daripada:
- CelcomDigi selaki Rakan Penyampai Rasmi untuk Musim Ke-16
- Infinix kembali dengan kerjasama yang akan dilanjutkan ke Musim Ke-18
- Yama sebagai Rakan Motor Rasmi dan kemunculan pertama mereka di MPL Malaysia
- Fairrie Rakan Ganjaran Rasmi
- 100PLUS Rakan Minuman Isotonik Rasmi
- CeraVe Rakan Strategik Musim Ke-16
- Playaz Rakan Strategik Musim Ke-16
Kementerian Belia dan SUkan (KBS), Esports Integrated (ESI), Rakan Muda, Malaysia Esports Federation (MESF) dan Persatuan Stadium Malaysia (PSM) juga menyokon MPL Malaysia.

Foto: MOONTON Games
Maklumat mengenai bagaimana format baharu ini akan dibuat masih belum diumumkan MOONTON Games dan akan diumumkan pada masa hadapan.

setahun yang lepas