Kad Pokémon dengan nilai lebih dari RM1,000 perlu diisytihar

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Baru-baru ini terdapat isu kad Pokémon telah dirampas di Lapangan Terbang Changi Terminal 1.

Seorang warga Singapura telah mencetuskan perdebatan hangat terutamanya buat pelawat Malaysia mengenai status barang yang dikenakan cukai atau dikecualikan.

Kastam Diraja Malaysia (KDM) telah mengeluarkan kenyataan bagi mencerahkan lagi apa yang perlu cukai atau dikecualikan.

Menurut laporan dari New Straits Times, hampir semua barangan yang dibawa masuk ke Malaysia tertakluk kepada cukai di sempadan, melainkan ia termasuk dalam senarai pengecualian.

Foto: NSTP | Aizuddin Saad

“Barangan peribadi bukanlah jampi ajaib untuk mendapat kekebalan daripada cukai,” tegasnya.” ujar Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Beliau juga mengakui kekeliruan ini adalah satu realiti yang berterusan dan boleh mendatangkan kerugian yang besar.

Permulaan kes:

Pada 10 Oktober lepas, pihak kastan Lapangan Terbang Changi telah merampas ratusan kad TCG Pokémon milik lelaki warga Singapura berusia 25 tahun yang bernilai lebih S$30,000 (RM105,000).

Kejadian ini telah menyebabkan kekeliruan rakyat Malaysia mengenai peraturan cukai.

Menurut Anis Rizana, barangan import boleh tertakluk kepada Duti Import, Duti Eksais, dan Cukai Jualan, melainkan ia termasuk di bawah pengecualian yang diluluskan secara rasmi.

Foto: GameStop

Kad dagangan sama ada Pokémon, kad sukan, atau koleksi lain yang dikategorikan sebagai “kad permainan” perlu diiktiraf sekiranya melebihi RM1,000.

“Sekiranya kad-kad tersebut dibeli baharu di luar negara dan nilainya melebihi had yang dibenarkan, duti akan dikenakan. Peraturan ini terpakai walaupun pengembara menganggapnya sebagai barangan peribadi. Pembelian baharu di luar negara yang melebihi had yang dibenarkan mesti diisytiharkan,” tegas beliau lagi.

Tambahan beliau, antara barang yang paling kerap gagal diisytiharkan dan dirampas di lapangan terbang Malaysia termasuk peranti elektronik baharu, pakaian dan beg tangan berjenama, kosmetik, wangian, jam tangan, barang kemas, hadiah, bahan makanan, dan minuman beralkohol.

Mana-mana barangan yang melebihi had pengecualian wajib diisytiharkan dan dikenakan cukai di sempadan.

RELATED NEWS

+