Satu laporan pengguna di Reddit mengalami pengalaman pahit selepas memindahkan data Nintendo Switch ke Nintendo Switch 2 baru miliknya.
Selepas pemindahan dia kehilangan data Pokemon Scarlet.
Dilaporkan oleh ThatOtaku26, dia memberitahu fail itu sudah mempunyai lebih 1,000 jam masa bermain yang mempunyai data Pokemon yang dikumpulnya selama 20 tahun dari generasi Pokemon Leaf Green (Game Boy Advance) dan Pokemon Diamond (Nintendo DS) lagi.

Foto: The Pokemon Company
Pautan Reddit itu sudah dipadam tetapi komen-komen dari orang ramai masih disitu.
Untuk peminat Pokemon, fail save adalah sangat-sangat penting dan beharga kerana ramai pemain memindahkan Pokemon mereka dari generasi terdahulu.
Pemindahan ini sangat renyah dan sukar untuk dibuat kerana had peranti lama.
Lebih mengejutkan permainan video Pokemon tidak mempunyai fungsi cloud save walaupun dengan Nintendo Switch Online. Antara permainan itu adalah Let’s Go Eevee and Pikachu, Pokémon Legends: Arceus, Pokémon Sword and Shield, dan termasuk Pokémon Scarlet and Violet.
Pokemon mempunyai fungsi cloud save mereka sendiri iaitu Pokemon Home tetapi untuk meletakkan lebih dari 30 Pokemon anda perlu membayar langganan asing daripada Nintendo Switch Online.
“Tiada kesilapan atau ralat semasa pemindahan data. Semuanya baik sahaja, data permainan Pokemon lain masih ada tetapi tidak untuk Scarlet,” ujar ThatOtaku26.
Ramai juga bersimpati dengan nasib yang dialaminya.
“Saya takut dengan perkara ini dan akan memastikan kesemua Pokemon akan dipindahkan ke Home sebelum membuat pemindahan ke Switch 2,” dari Mexican_Chef4307.
“Perkara yang sama berlaku. Kesemua data BOTW, TOTK, MK8, Pokemon Sword and Shield, Scarlet and Violet kesemuanya hilang,” ujar Existing-Possible550.
Ada juga yang tidak bersimpati dengan perkara ini.
“Sudah dijangka perkara sebegini akan berlaku kerana anda tidak meletakkan Pokemon penting ke Home terlebih dahulu,” ujar IAmTheWire.
Nintendo Switch 2 kini terjual sebanyak 3.5 juta unit dalam masa empat hari!

setahun yang lepas