Kejohanan LALIGA EA Sports FC Beat the Best – RM30,000 prizepool, pemenang dapat ke Sepanyol

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

LALIGA EA Sports FC Beat the Best kini berlangsung buat pertama kali di Malaysia dengan AEON sebagai penaja utama dan Vertex sebagai rakan tempatan serta penganjur acara. Kejohanan ini meneruskan kejayaan musim lalu dan sambutan positif di peringkat antarabangsa.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, kejohanan ini akan diadakan secara dalam talian dan luar talian. Malaysia akan menjadi tuan rumah acara pada 12 dan 13 April 2025, termasuk pelbagai aktiviti serta perlawanan akhir kejohanan, dengan kehadiran legenda LALIGA yang akan bertemu peminat.

Pendaftaran dibuka hari ini sehingga 17 Mac bagi kejohanan dalam talian yang berlangsung dari 17 hingga 23 Mac. Peserta akan bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM30,000, dengan juara bakal menikmati pengalaman eksklusif menyaksikan LALIGA di Sepanyol.

Adrián Prol

“Kami berbangga membawa kejohanan ini ke Malaysia buat pertama kali untuk mencari pemain amatur terbaik. Kejohanan ini mencerminkan nilai baharu LALIGA, menggabungkan bola sepak, hiburan, teknologi dan permainan video. Kami juga gembira dapat bekerjasama dengan rakan yang tepat untuk menjayakan acara ini,” kata Adrián Prol, wakil LALIGA di Malaysia.

RELATED NEWS

+