Kemas Kini terbaru Infinity Nikki Versi 1.11 – Encore Season

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Infinity Nikki kini kembali dengan kemas kini terbaru yang bergelar “Encore Season” yang akan datang 28 Oktober ini.

Pemain kini boleh menyertai satu pertandingan gaya “Super Styling Contest” dan juga memperkenalkan mekanik terbaru “Home Cooking”.

Sudah semestinya pemain juga akan meneruskan kembara dalam misi yang menyambung Main Story iaitu “Legends Carried by the Wind”.

Acara Baru: “Unleash Your Style: Super Styling Contest”

Pertandingan fesyen terbesar di Miraland kini dibuka di Wishfield.

Pemain boleh menyertai salah satu daripada tiga kumpulan yang mewakili tiga falsafah fesyen berbeza.

  • Wild Hearts: Bersemangat bebas dan tanpa batasan.

Foto: InFold Games

  • Peppergem: Berani, unik, dan lain daripada yang lain.

Foto: InFold Games

  • Gilded Past: Keanggunan klasik yang abadi dan retro.

Foto: InFold Games

Pemain perlu memilih dan menyertai kumpulan kegemaran anda untuk melengkapkan pelbagai cabaran.

Pemain juga akan memenangi Diamonds, trofi, pakaian eksklusif, titles dan pelbagai lagi.

Mekanik Terbaru – Fungsi Home Cooking

Foto: InFold Games

Kemahiran baru kini tiba di Miraland iaitu memasak di rumah.

Pemain boleh memasak pelbagai hidangan, menghias rumah anda dengan makanan yang dimasak atau menjemput rakan-rakan untuk makan bersama.

Untuk mendapatkan ability Cooking, pemain perlu mendapatkan Ability Permits di naik taraf Home atau membelinya di Yardling Shop.

Resonace Outfits baharu

Nameless, Selfless – Sexy Attribute

Foto: InFold Games

Outfit ini akan membuka kelebihan Candlelit Echoes iaitu kuasa untuk memanggil spectral candlestick dan unjuran diri sendiri untuk foto atau pose.

Dream-Like Night – Cool Attribute

Foto: InFold Games

Outfit ini akan membuka kelebihan Crimson Invitation: Whimsicality dimana pemain boleh memutar payung dengan anggun sambil melompat ke udara.

Legends Carried by the Wind

Penyambungan cerita utama buat Infinity Nikki. Pemain akan bertemu dengan seorang pengembara dari Itzaland untuk pergi ke sempadan misteri Terra Alliance.

Perabot Percuma

Foto: InFold Games

Pemain boleh menuntut 1 perabut percuma setiap hari selama tiga hari.

Perabot tersebut ialah Giggle Candy Machine, Thuddy Midnight Sofa dan Screaming Night Wreath.

Versi 1.11 Encore Season ini akan meraikan kreativiti, hubungan, dan seni ekspresi diri. Setiap Stylist akan terus bersinar di pentas besar Miraland.

RELATED NEWS

+