Infinity Nikki kini dengan Versi 2.1 “Life as a Poem” – Memperkenalkan Behemoth, Acara baru dan Outfit percuma

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dunia Miraland kini meneruskan legasi dan telah pun dilancarkan pada 7 Januari lepas dengan Versi 2.1 bertajuk “Life as a Poem”.

Kemaskini ini akan membawa sistem baharu menjaga haiwan peliharaan, jalan cerita terbaru dan peluang untuk mendapatkan Outfit percuma.

Behemoth Journal – Jaga Behemoth fawnlings sendiri

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Infinity Nikki (@infinitynikki_en)

Sistem ini akan memperkenalkan projek menjaga Behemoth.

Pemain boleh pergi ke “Warmfur Home” untuk menjaga dan membesarkan fawnlings (bayi Behemoth).

  • Pemain perlu membina dan menaik taraf fasiliti senaman untuk tumbesaran atribut bayi Behemoth.
  • Pejagaan harian juga penting dimana anda boleh mengusap, memeluk, memberi makan dan memakaikan pakaian comel untuk Behemoth.
  • Behemoth ini juga akan memberikan ganjaran Resonite Crystal, Diamond dan pelbagai lagi barangan lain.

Acara Eksklusif: “Life as a Poem”

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Infinity Nikki (@infinitynikki_en)

Misi ini akan membawa semua Stylist ke hutan yang sunyi untuk menyaksikan hibernasi Frostbough Behemoth. Pemain akan menerima Resonite Crystal, Diamonds dan Limited Card: Peace Upon Winter dan pelbagai lagi.

Kostum Percuma & Premium

Versi 2.1 akan memperkenal tema alam semula jadi sebagai outfit terbaru:

  • Kostum Percuma [Guardian Floof]: Kostum ini datang secara percuma. Pemain perlu mengumpul “Forest Whispers” yang boleh ditukarkan dengan kostume Tiga-Bintang Guardian Floof.
 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Infinity Nikki (@infinitynikki_en)

Kostum 5-bintang [Forest Ripple]

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Infinity Nikki (@infinitynikki_en)

Forest Ripple ialah Outfit terbaru dengan Main Attribute: Fresh.

Kebolehan unik baharu diperkenalkan iaitu “Flourish Walk” dimana apabila Nikki melompat, tumbuhan di sekeliling akan tumbuh semula seolah-olah masa berputar kembali.

Dreamland Showcase

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Infinity Nikki (@infinitynikki_en)

Khas buat peminat yang suka menghias rumah. Kedai Yardling akan menambah perabot gaya “Fresh” dan “Comfortable” dan siri perabot Forest Chanson.

Jangan lupa sertai acara baru ini yang telah pun bermula pada 7 Januari lepas.

Maklumat lanjut boleh didapati di Instagram dan YouTube rasmi Infinity Nikki.

RELATED NEWS

+