Kerja dengan lebih efisien bersama Acer Swift 16 AI dan Acer Swift Lite 14

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Acer Malaysia hari ini melancarkan dua komputer riba baharu — Swift 16 AI dan Swift Lite 14 direka khas untuk gaya hidup lebih aktif dan moden.

Swift 16 AI menampilkan reka bentuk aluminium yang elegan dan tahan lasak dengan cip Intel Core Ultra 7, skrin OLED 16 inci dan bateri sehingga 20 jam.

Foto: Acer

Ciri-ciri pintar AI seperti PurifiedVoice juga ada termasuk kamera QHD dengan PurifiedView termasuk User Sensing 2.0 yang menjadikannya sangat sesuai untuk produktiviti dan mesyuarat dalam talian.

Swift Like 14 pula hanya seberat 999g dengan bateri sehingga 10 jam sesuai untuk pelajar dan orang yang bekerja di luar.

Foto: Acer

Reka bentuk nipis dengan engsel 180° juga sesuai untuk produktiviti. Anda juga boleh memilih dua warna pilihan iaitu Light Silver dan Nude Pink.

Komputer Riba ini mempunyai cip Intel Core Ultra 5 & 7.

Swift 16 AI akan dijual dengan harga RM5,699 dimana pembelian sebelum 23 April akan mendapat SanDisk DualDrive 256GB percuma (bernilai RM199).

Foto: Acer

Swift Lite 14 akan dijual dengan harga RM3,799 dan pembelian sebelum 30 April akan mendapat Tetikus Tanpa Wayar Bubble Acer pecuma (bernilai RM79).

Foto: Acer

Kedua-dua produk ini boleh dibeli di eKedai Acer, Shopee, Lazada dan pengedar rasmi. 

RELATED NEWS

+