Bersempena acara COMPUTEX yang akan diadakan di Taipei, Taiwan, Acer memperkenalkan kemas kini kepada barisan komputer riba Swift yang nipis dan ringan iaitu Swift Edge 14 AI. Laptop ini direka untuk mereka yang mengutamakan prestasi, kreativiti dan produktiviti, dengan paparan OLED beresolusi tinggi untuk visual yang terang dan tepat.
Acer Swift Edge 14 AI hadir sebagai laptop AI ultra-ringan seberat hanya 0.99 kg, namun penuh dengan kuasa pemprosesan tinggi. Dengan skrin OLED 14 inci beresolusi 3K dan sokongan warna DCI-P3 100%, ia menyajikan visual berkualiti setaraf pawagam. Ia juga merupakan laptop pertama di dunia menggunakan permukaan anti-silau Corning Gorilla Matte Pro, yang mampu mengurangkan pantulan cahaya sebanyak 95%, menjadikan paparan lebih jelas di bawah cahaya terang.

Dikuasakan sehingga Intel Core Ultra 9 dan cip grafik Intel Arc terbina dalam, Swift Edge 14 AI mampu menangani tugasan seperti suntingan imej, teks dan aplikasi AI generatif dengan lancar. Ciri pintar lain termasuk pembaca cap jari dengan lampu penunjuk dan touchpad dengan pencahayaan AI Activity Indicator yang menyala apabila fungsi AI digunakan. Laptop ini turut menyokong sehingga 32GB RAM dan 1TB storan SSD berkelajuan tinggi, dengan hayat bateri sehingga 21 jam untuk kegunaan sepanjang hari.
Rekaan luarnya menampilkan binaan logam magnesium-aluminium premium yang tahan lasak namun ringan, dengan papan kekunci bertekstur lembut dan tahan kotor. Ia juga dilengkapi pelbagai port penting termasuk Thunderbolt 4 dan USB-A, serta mematuhi piawaian ketahanan tentera (MIL-STD 810H), menjadikannya pilihan sesuai untuk profesional yang kerap bergerak.
Nantikan pengumuman harga untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

setahun yang lepas