Permainan di PC dan konsol mungkin mendominasi dunia tapi di Malaysia dan Singapura, berlainan kesnya.
Mengikut satu laporan dikeluarkan oleh Niko Partners, hasil pendapatan permainan mudah alih tumbuh menjadi AS$135 juta sepanjang dua tahun manakala permainan di PC pula AS$40 juta.
Di Malaysia, AS$100 juta dicatatkan sebagai keuntungan manakala $35 juta pula di Singapura. Di platform PC, sebanyak AS$40 juta saja keuntungan dicatatkan di Malaysia dan hanya AS$5 di Singapura. Ini menunjukkan rakyat Malaysia memang suka berbelanja di platform peranti pintar.
Malah di negara kita juga, Mobile Legends: Bang Bang mencatatkan keuntungan sebanyak AS$20,938,446 pada 2019 iaitu satu per lima dari jumlah AS$100 juta tersebut.

Di tempat kedua, PUBG Mobile mengikuti rapat dengan AS$16,942,799. Permainan RPG, Ragnarok M: Eternal Love pula di tempat keempat, menunjukkan rakyat Malaysia terutamanya gamers-gamers di platform PC beralih kepada mobile untuk terus bermain permainan ini.
Sumber: VPEsports

setahun yang lepas