Era baharu MLBB: Hero Obsidia & 4 peta baharu dilancar dalam Project NEXT 2025

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Penantian berakhir! Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) melancarkan kemas kini besar Project NEXT 2025 dengan perubahan peta tahunan serta kemunculan hero Marksman terbaru, Obsidia. Musim ini menjanjikan cabaran baruyang bakal menguji strategi dan kemahiran setiap pemain, termasuk penambahan ciri penting dalam permainan.

Sistem Annual Map Change kini memperkenalkan empat peta baharu iaitu Broken Walls, Dangerous Grass, Flying Cloud dan Expanding Rivers. Pemilihan peta berlaku secara rawak ketika fasa pemilihan hero, sekali gus memaksa pemain menyesuaikan strategi serta draft hero mengikut keadaan medan pertempuran.

Dalam masa sama, hero baharu Obsidia, Sovereign of Dark’s End, hadir dengan kuasa unik Bone Energy dan serangan Bone Shards yang semakin kuat jika musuh terus melawannya.

Selain itu, tiga hero Abyss iaitu Alice, Dyrroth dan Thamuz akan menerima penampilan dan kebolehan serba baharu yang menggambarkan dunia Abyss sebagai alam penuh bahaya dan kejam.

Kemas kini ini turut memperkenalkan Achievement System yang dipertingkatkan dengan membolehkan pemain mempamerkan pencapaian mereka melalui Wall of Honor serta memperoleh flair berprestij mengikut gaya permainan.

Berdasarkan maklum balas komuniti, MLBB turut menambah baik kawalan dan visual dalam permainan, termasuk kesan serangan yang lebih jelas serta antaramuka kawalan yang lebih ringkas. 

RELATED NEWS

+