Anime dan manga popular One Piece kini menjadi satu simbol baharu buat rakyat Indonesia.
Indonesia mempunyai ramai peminat berdedikasi yang sangat menyukai manga sensasi ini.
Bendera hitam berlogo tengkorak dengan topi jerami kini menjadi simbol penentangan buat rakyat di sana.
@alfptm1 #benderamerahputih #benderaonepiece #onepiece #indonesia #17agustus #fyp #fypシ゚viral ♬ som original – slo fuzz
One Piece menceritakan satu krew lanun bersama Kapten Monkey D. Luffy dan krew yang lain dalam misi untuk mencari One Piece dan memenuhi impian mereka.
Antara tema yang paling banyak ditunjukkan dalam One Piece adalah tema berlawan dengan rejim zalim demi kebebasan.

Foto: Toei Animation
Setiap tahun bagi menyambut kemerdekaan Indonesia, semua rakyat mereka digalakkan untuk mengibarkan bendera Indonesia pada 17 Ogos.
Namun tidak buat rakyat Indonesia, mereka sebaliknya mengibarkan bendera Straw Hat Pirates sebagai tanda rasa tidak puas hati dan kritikan terhadap kerajaan yang diketuai oleh Prabowo Subianto.

Foto: Toei Animation
Dalam dunia One Piece, bendera-bendera lanun digelar sebagai Jolly Rogers.
Sama seperti siri One Piece, Luffy pernah mengibarkan Jolly Rogers sebagai simbol kebebasan untuk berlawan dengan kerajaan.
Beberapa penduduk Indonesia mengatakan menaikkan bendera ini adalah simbol sayangkan negara tetapi tidak bersetuju dengan polisi dari kerajaan.
“Anime ini menjadi cerminan ketidakadilan dan ketidaksamaan yang dihadapi oleh rakyat Indonesia ketika ini,” ujar Ali Maulana salah satu residen Jayapura di Papua.
Ali juga mengatakan ramai rakyat Indonesia tidak dapat merasakan kebebasan dalam kehidupan seharian mereka ketika ditemubual oleh BBC.

Foto: Toei Animation
Walaubagaimanapun, beberapa orang besar kerajaan Indonesia menganggap perkara ini sebagai cubaan untuk memecahkan belahkan negara.
Penggubal undang-undang negara dari Parti Golkar, Firman Soebagyo mengatakan kibaran bendera ini boleh dianggap sebagai pengkhianat negara.
Di negara seberang, tiada peraturan mengatakan anda tidak boleh mengibarkan bendera fiksyen.
Jika anda mengibarkan bendera ini bersama-sama bendera Indonesia anda perlu meletakkan bendera negara di kedudukan lebih tinggi.
Sumber: BBC

setahun yang lepas