Seorang lelaki dari Kabupaten Berau Kalimantan Timur telah disyaki membunuh isterinya yang sedang hamil dan mengaitkan perkara itu dengan One Piece.
Suspek bernama Julius berumur 33 tahun ini didakwa telah menetak isterinya dan dua anak yang berusia lima dan empat tahun sehingga maut.
Isteri suspek juga didapati sedang hamil dengan kandungan yang berusia 6 bulan.

Foto: Berau Terkini
Parang yang disyaki digunakan oleh Julius juga telah dijumpai oleh pihak polis.
Gambar jenazah mangsa yang tiba di pusat kesihatan tempatan:

Foto: Berau Terkini
Berdasarkan laporan di Berau Terkini, menurut Ketua Unit Siasatan Polis Berau, tindakan ini masih tidak mempunyai motif sebenar yang masuk akal.
“Motif sebenar masih belum dipastikan. Pelaku telah dibawa ke Hospital Umum Daerah (RSUD) Abud Rivai untuk pemeriksaan psikiatri.” katanya.
@userdelintabalar93 pengakuan pelaku setelah membunuh istri dan ke dua anak nya… kasian nya istrinya lagi hamil 6 bulan 😭🙏🙏#fypシ゚ ♬ suara asli – delin Berau berau
Pengakuan yang dikatakan olehnya adalah dia mendakwa dimarahi One Piece kerana tidak mempunyai syarat untuk menjalani kehidupan seperti anime itu.
Kenyataan pelaku juga tidak konsisten dan sentiasa bertokok tambah dan video pengakuan suspek juga kini tular di media sosial.
Rujukan: Berau Terkini

setahun yang lepas