Kick bercadang membayar penonton dengan “Kick Currency” yang boleh ditebus

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Adin Ross baru saja berkongsi yang platform penstriman, KICK merancang untuk lancarkan KICK Currency, yang membolehkan penonton dapat jana wang sambil menonton streamer kegemaran mereka.

Selama ini, banyak platform cuba untuk cabar dominasi Twitch dalam dunia penstriman langsung. YouTube, Facebook Gaming, Mixer, dan beberapa yang lain pernah cuba, tetapi tak banyak yang berjaya gugat laman milik Amazon itu.

KICK adalah yang terbaru menyertai senarai ini, muncul selepas Twitch mengetatkan peraturan streaming judi. Mereka berjaya menandatangani beberapa nama besar seperti xQc, Adin Ross, dan Amouranth, tetapi Twitch masih lagi tetap mendominasi.

Menurut Adin Ross, KICK sedang merancang untuk melancarkan KICK Currency.

“Mereka nak keluarkan KICK Currency yang saya cakap sebelum ini.

“Secara ringkas, penonton boleh dibayar untuk tonton kami. Ia seperti Bits yang boleh ditukarkan. Maksudnya, tak semua pengguna akan dapat duit untuk tonton, tapi saya boleh bagi orang KICK dan mereka boleh tebus,” katanya.

Twitch Bits sudah ada sejak lama dan berbeza daripada sumbangan dan langganan biasa. Bits boleh dibeli dari Twitch dan digunakan dalam mesej chat untuk menyokong streamer.

Nampaknya KICK akan cuba melakukan perkara sama, tetapi kali ini ia lebih kepada ganjaran untuk penonton. Setakat ini, tiada tarikh tepat bila ia akan dilancarkan.

KICK juga sedang membuat beberapa perubahan lain pada platform mereka. Sementara Twitch mengetatkan peraturan apa yang boleh dipakai oleh VTubers, KICK ambil pendekatan yang lebih mesra dalam hal itu.

Artikel ini diterjemah dari Dexerto. Artikel asal boleh dibaca di SINI.


Follow kami di WhatsAppInstagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+