Youtuber Malaysia ini cipta mini game Keluang Man, ambil masa tiga minggu

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Keluang Man baru-baru ini mengeluarkan filem aksi nyata pertama selepas beberapa tahun hanya wujud sebagai animasi.

Animasi lagenda ini menjadi inspirasi untuk ramai orang terutamanya pada tahun lewat 90-an sehingga awal tahun 2000.

Baru-baru ini ada seorang YouTuber Malaysia dengan nama Hakuryu (Hanif) yang membangunkan permainan video mini Keluang Man.

MyGameOn mengambil peluang membuat temubual ringkas bersama Hakuryu beserta pengalaman dan latarbelakangnya.

1. Boleh perkenalkan diri dan latar belakang sebagai pembangun game atau pemprograman?

Hakuryu pada awalnya tidak mempunyai latar belakang bidang game development atau mana-mana bidang IT. Dia hanya belajar semua ini daripada YouTube sahaja.

Menurut Hakuryu, tujuan utama dia membangunkan pelbagai jenis game adalah kerana mahu menjadi YouTuber pembangun game dan kandungan vlog.

“Kalau kita tengok dekat luar negara, kandungan devlog ni memang sudah jadi kebiasaan. Bahkan di Indonesia pun sudah banyak kandungan devlog tapi di Malaysia masih belum ada (Bukanlah tiada langsung, tetapi belum ada yang betul-betul menyerlah untuk dijadikan teladan supaya orang lain ikut). Jadi saya berhasrat untuk menaikkan bidang gamedev ini dekat Malaysia.”

2. Bagaimana Hakuryu boleh dapat inspirasi untuk buat game Keluang Man? Adakah dari animasi asal atau disebabkan inspirasi dari filem Keluang Man yang baru keluar?

Saya buat game Keluang Man ini sebab terinspirasi daripada filem Keluang Man yang keluar baru-baru ni”

Ketika itu ramai sedang bercakap mengenai Keluang Man di media sosial jadi Hakuryu mengikut trend pencipta kandungan lain untuk bercakap mengenai Keluang Man tetapi melalui kelebihannya sendiri iaitu membangunkan permainan video.

Foto: Hakuryu | YouTube

3. Walaupun hanya untuk hobi semata-mata apa yang menjadi cabaran utama yang Hakuryu hadapi ketika membangunkan game ini. Berapa lama masa yang diambil untuk siap?

Tiga minggu masa diambil oleh Hakuryu untuk menyiapkan game ini. Antara cabaran utama yang ada ialah dari segi mendapatkan model 3D Keluang Man.

“Bidang yang saya mahir cumalah programming, saya tidak pandai membuat 3D modelling.”

Disebabkan mencari model ini sangat susah, jadi Hakuryu cuma menggunakan model Batman untuk diubah-suai menjadi Keluang Man.

4. Jika berpeluang untuk membangunkan game sendiri, game genre apakah yang bakal menjadi game untuk Hakuryu?

Hakuryu mengatakan dia sangat meminati permainan pengembaraan dunia terbuka (open world adventure) yang bertemakan fantasi di mana pemain boleh mengembara sambil menikmati keindahan dunia tersebut.

Dari segi perlawanan, dia mahukan situasi di mana pemain boleh menggunakan hand combat yang digabungkan dengan magik (seperti Avatar: The Last Airbender).

5. Ada apa kata-kata semangat untuk orang di luar sana yang mahu ceburi bidang pembangun permainan video atau mahu bermula buat game sendiri?

“Mulakan dengan game kecil seperti Flappy Bird, Snake, Pong, Asteroids dan sebagainya. Proses buat game ambil masa yang sangat lama.”

Hakuryu memesan, ramai berimpikan untuk membuat permainan video RPG dunia terbuka seperti Grand Theft Auto, Genshin Impact dan sebagainya tetapi permainan itu dicipta oleh syarikat yang besar dengan ratusan pekerja. Ramai orang yang bermula dengan membuat permainan video yang berskala besar akan berhenti dipertengahan jalan.

Foto: Hakuryu | YouTube

Bagi yang berminat untuk bermain mini game Keluang Man anda boleh muat turun disini.

Jangan lupa ikuti Hakuryu dengan lebih banyak lagi kandungan game development di YouTube, Instragram,dan TikTok.

RELATED NEWS

+