Seorang pemain berdedikasi Pokemon Trading Card Game Pocket (PTCGP) membeli topup AS$100 (RM440) setiap hari sehingga berjaya mendapatkan lebih 50,000 kad.
PTCGP mempunyai had pembelian AS$100 sehari dan anda perlu menunggu hari seterusnya untuk membeli topup tambahan.
Pemain ini melakukan perkara yang sama lebih 12 minggu.
Seperti dilaporkan oleh Automaton, seorang YouTuber dari Jepun iaitu Hajimesyacho berkongsi di X/Twitter dia berjaya mendapatkan 50,000 kad.
リリース日から毎日上限課金して5万枚達成したwwwww#ポケポケ pic.twitter.com/KdbZH61iUX
— はじめしゃちょー(hajime) (@hajimesyacho) January 19, 2025
Walaupun anda boleh topup lebih daripada RM440 sehari untuk PTCGP, tetapi had membeli booster packs menggunakan Poke Gold akan dihadkan kepada 720 Poke Gold sehari sahaja.
Untuk mencapai jumlah ini Hajimesyacho berjaya membuka lebih 10,000 pek booster Pokemon TCG Pocket yang bersamaan dengan AS$8,736 (RM38 ribu).
YouTuber itu masih belum berkongsi video tentang pencapaian ini dan masih belum menunjukkan koleksi kad yang dia ada.
Tambahan lagi, sebagai pemain biasa anda akan mengambil masa lebih dua tahun semata-mata untuk melengkapkan set Genetic Apex yang mempunyai 226 kad dan 60 rare alternate art.
Berkemungkinan pek booster baharu PTCGP akan datang hujung bulan ini selepas Trading.

setahun yang lepas