Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!
James Earl Jones adalah seorang pelakon lagenda dengan suara baritone yang telah memberikan suara kepada antagonis Star Wars ikonik Darth Vader dan juga suara Mufasa dalam Lion King.
Dia telah meninggal semalam pada umur 93 tahun.
Jones telah meninggal dikelilingi keluarganya pada awal pagi Isnin semalam.
Lagenda ini telah lama berkecimpung dalam dunia filem dan teater sehingga lebih enam dekad.
Suara Darth Vader adalah antara suara paling popular yang telah disuarakan oleh Jones, dan tanpa suaranya Darth Vader tidak dapat menjadi begitu menggerunkan.
#RIP dad 💔 https://t.co/YXpFoBb2Ua
— Mark Hamill (@MarkHamill) September 9, 2024
Kata “I am your father.” sentiasa menjadi antara kata-kata ikonik dari suaranya.
Jones yang membawa watak itu menjadi sangat-sangat diingati ramai.
Mark Hamill juga telah menunjukkan simpati di X dengan mengatakan #RIP dad ditambah lagi dengan emoji hati yang hancur.

setahun yang lepas