Satu chatbot Artificial Intelligence (AI) Darth Vader yang disuarakan oleh klon digital James Earl Jones telah masuk ke Fornite Jumaat lepas.
AI ini membolehkan anda mendengar Darth Vader bercakap mengenai apa-apa pertanyaan yang ditanya dalam Fortnite.

Foto: Fortnite
Dia juga akan membuat komen dengan cara permainan anda atau dengan skin yang anda gunakan.
Tetapi tidak lama kemudian AI tersebut mengatakan banyak perkara yang sepatutnya telah dihalang tetapi AI Darth Vader seperti rosak.
Menurut seorang leaker Fortnite Wenso, AI Darth Vader menggunakan model Gemini dari Google. AI ini sepatutnya tidak dibenarkan untuk bercakap perkara romantik, perjudian, komen mengenai V-bucks dan perkataan-perkataan lain yang tidak sesuai.
Namun sebaliknya yang berlaku apabila AI Darth Vader tersebut bercakap pelbagai perkara yang tidak sepatutnya seperti mencarut, perkataan berbaur rasisme, dan pelbagai lagi.
Malah ada seorang pencipta kandungan bernama DoofusDragon berkongsikan video dimana Darth Vader mengutuk dan mengataka dia adalah anak angkat.
AI darth Vader in Fortnite said I was WHAT??? #Fortnite #FortniteGalacticBattle pic.twitter.com/bocy11IJA9
— DoofusDragon (@DoofusDragon) May 16, 2025
Darth vader juga ada menyebut ‘Hawk Tuah’.
Darth Vader said what now? pic.twitter.com/NXqp0TJONM
— CardinalV1 (@YTCardinalV1) May 16, 2025
Namun tidak semua reaksi Darth Vader membawa bencana ada juga yang sangat menarik dan menghiburkan hati.
Pujian ke atas Hatsune Miku.
Darth Vader también celebra victorias.
“El Imperio celebra esta victoria. Bien hecho Hatsune Miku y todos los miembros del equipo. La Galaxia tiembla ante nuestro poder”.@PokeasyFN pic.twitter.com/EKSORqrlGH
— InfoPico Fortnite (@InfoFortniteES) May 16, 2025
Darth Vader juga ada memberi nasihat kepada Goku.
Darth Vader’s AI Character in Fortnite can react to Transformations and even talk about Dragon Ball 😭 pic.twitter.com/xKvcvWzNCu
— hugo (@naboachavalo) May 16, 2025
Semua perkara ini juga berlaku apabila pemain sendiri ‘menipu’ AI Darth Vader sehingga dia mengatakan beberapa perkara yang tidak sesuai.
Epic Games kini telah membaiki AI Darth Vader supaya sesuai dengan Fortnite.

setahun yang lepas