Valve baru sahaja mengemaskini Dota 2 versi terbaru iaitu 7.40. Versi ini juga memperkenalkan hero ke-127 Dota 2 iaitu Largo.
Largo adalah hero support dengan banyak kelebihan berbeza dari kuasa musik yang dipelajarinya dari Murkroots of Velu’Mar.
Skill Largo

Foto: Valve
Innate Ability – Encore
Masa durasi Buff yang dikenakan ke atas Largo atau ahli pasukan akan dipanjangkan.
Q – Catchy Lick

Foto: Dot Esports
Largo akan menyerang musuh menggunakan lidahnya dan menarik musuh ke arahnya dan memberi satu basic dispel. Skill ini juga boleh digunakan untuk menyelamatkan rakan pasukan.
W – Frogstomp

Foto: Dot Esports
Largo akan membali froglings ke dalam satu kawasan bulat. Mereka kemudiannya akan melompat di situ untuk setiap 1 saat, membuat damage, ministun dan memperlahankan musuh.
Skill ini sesuai digunakan untuk mengawal pergerakan musuh terutamanya di tempat yang sempit.
E – Croak of Genius

Foto: Dot Esports
Largo akan bermain alat musiknya untuk memberikan satu buff kepada ahli pasukan.
Item Hero dan abilities hero lain akan mengurangkan penggunaan mana dan satu damage tambahan akan ditambah dan bergema selama 5 saat.
Skill ini sesuai digunakan untuk membantu ahli pasukan mengurangkan penggunaan mana mereka disamping memberikan damage tambahan.
Ultimate – Amphibian Rhapsody

Foto: Dot Esports
Largo akan menukarkan skill yang sedia ada kepada tiga jenis lagu dengan efek yang berbeza.
- Bullbelly Blitz – Meningkatkan spell amplification dan menambah magic damage untuk serangan ahli pasukan.
- Hotfeet Hustle – Meningkatkan movement speed dan memberikan slow resitance.
- Island Elixir – Memberikan heal kepada hero pasukan
Lagu-lagu ini menjadi lebih efektif jika pemain menekan skill tersebut pada masa tepat. Setiap stack Groovin yang betul akan menambah armor dan mengurangkan kos mana untuk setiap lagu.
Ulti ini bakal menjadi ultimate yang akan membawa impak besar terutamanya ketika team fight di mana setiap penggunaan boleh diubah mengikut situasi.
Aghanim’s Scepter Largo

Foto: Dot Esports
Largo kini boleh memainkan dua lagu serentak di samping membuat damage.
Aghanim’s Shard – Encore
Setiap kali Largo memberikan buff kepada hero pasukan, dia juga akan mendapat buff tersebut. Jika menekan buff itu ke atas diri sendiri, secara automatik buff itu akan terkena kepada ahli pasukan terdekat.
Largo masih tidak mempunyai facets.
Dota 2 juga akan membawa banyak perubahan baru bagi versi 7.40 dari segi terrain, buff dan nerf hero, perubahan item, item baharu dan pelbagai lagi kemas kini lain.

setahun yang lepas