Ziya adalah hero Mage support baharu yang akan dilancarkan 20 Ogos ini.

Dia adalah Mage yang sangat sesuai untuk dipilih oleh pemain-pemain baharu.
Ziya mempunyai keupayaan untuk menyerang dari jarak jauh dan mempunyai gimik untuk mendapatkan EXP lebih jika musuh mati berdekatan Ziya.
Dia juga mempunyai keupayaan unik untuk berubah apabila mencapai Level 15 dan level ini boleh dinaikkan ke level 25!
(Kesemua skill ini berkemungkinan tidak sama dengan server global)
Pasif: Sanctification
Skill ini memberi Ziya EXP lebih setiap kali membunuh minion atau hero musuh.
Pada level 15, Ziya boleh menaikkan levelnya melebihi level 15 ke level 25.
Dia juga boleh membuatkan rakan hero yang lain melebihi had level mereka sendiri dan akan mendapat stats tambahan mengikut role masing-masing.
Tank: 75hp setiap kali naik level
Mage: 10 Spell Power
Assassin: 3 Movement Speed
Marksman: 3% Attack Speed
Warrior: 50HP dan 1 Movement Speed
Skill 1: Divine Seal
Ziya akan mengeluarkan AOE yang akan membuat damage magic setiap 0.4 saat dan musuh akan kehilangan movement speed sehingga 50%.
Skill 2:Divine Punishment
Ziya akan mengeluarkan AOE yang boleh menolak musuh dengan knockback.
Di server China pula, skill ini boleh meletup sebanyak tiga kali dan membuatkan musuh dikenakan knock up.
Ultimate: Universal Law
Ziya akan menembak kuasa yang perlu dichannel kehadapannya.
Apabila mencapai level 15, Universal Law akan berubah dan masa channeling yang diperlukan akan dipercepatkan.
Di server China, Ziya selepas level 15 dia boleh membiarkan skill channeling itu diaktikan sendiri dan dia boleh bergerak ketika itu.
Hero ini adalah kawan baik Fuzi di dalam Honor of Kings.
Ziya akan menjadi mage baru di Honor of Kings Global mulai 20 Ogos ini.

setahun yang lepas