Predator League kembali, pendaftaran untuk Dota 2 & Valorant dibuka sehingga 29 September

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Acer Malaysia kembali membakar semangat komuniti esukan tanah air dengan membuka tirai Pusingan Kelayakan peringkat kebangsaan bagi Asia Pacific Predator League 2026.

Hadiah wang tunai RM80,000 menanti pasukan Dota 2 dan VALORANT terbaik negara pada 15 & 16 November ini di Sunway Pyramid.

Hanya juara kebangsaan akan melangkah ke pentas antarabangsa di India pada Januari depan menentang pasukan elit dari 14 rantau dengan rebutan hadiah keseluruhan AS$400,000 (RM1.67 juta) serta trofi berprestij Predator Shield.

Andrew Hou, Presiden Acer Pan Asia Pacific berkata, Predator League bukan sekadar pertandingan, tetapi satu platform yang menghubungkan komuniti dan membina budaya persaingan sihat. Beliau turut menekankan bagaimana setiap edisi terus menaikkan taraf kejohanan, sambil memperkenalkan muzik tema dan siri animasi Predator yang semakin dikenali peminat.

Sejak diperkenalkan pada 2018, Predator League kini berkembang ke lebih 15 negara dan sudah mengagihkan hadiah melebihi AS$2.15 juta, menjadikannya antara kejohanan esukan paling berpengaruh di rantau ini.

Pendaftaran dibuka hingga 29 September ini. Pasukan yang berminat boleh daftar untuk Dota 2 dan VALORANT.

Ikuti perkembangan terkini di Facebook & Instagram Predator Gaming Malaysia atau layari laman rasmi Predator League.

RELATED NEWS

+