5 Plot Twist besar dalam anime – SPOILERS!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Plot twist atau putar belit plot menjadi antara perkara paling mengejutkan dalam apa-apa medium tidak kira anime atau permainan video.

Tetapi dalam anime plot twist sebegini selalunya terjadi dengan penceritaan paling besar dan sangat mengejutkan.

Ada antara plot twist anime yang terus mengubah segala persepsi anda terhadap satu karakter atau keseluruhan penceritaan.

*AMARAN ARTIKEL INI AKAN DIPENUHI SPOILERS*

Ini 5 Plot Twist besar dalam anime:

1. Kebenaran Philosopher’s Stone – Full Metal Alchemist: Brotherhood

Studio: Bones

Dari awal cerita Full Metal Alchemist, adik beradik Edward dan Alphonse Elric dalam pengembaraan untuk mencari semula badan mereka yang hilang dan untuk menghidupkan ibu mereka semula.

Mereka sedar Philosopher’s Stone mampu untuk melawan peraturan alchemy dan mampu membuat apa yang mereka tahu.

Tetapi semuanya berubah apabila mereka sedar mengenai kebenaran Philosopher’s Stone.

Untuk mencipta Philosopher’s Stone anda perlu mengorbankan banyak nyawa manusia.

Hal ini membuatkan Elric dan Alphonse perlu mencari cara yang lebih berperikemanusiaan untuk mengembalikan badan mereka.

Plot Twist ini menjadi asbab untuk banyak penceritaan Full Metal Alchemist termasuk rahsia sebenar bapa mereka.

2. Kematian mengejut Ace – One Piece

Foto: Toei Animation

One Piece sentiasa menunjukkan hubungan rapat Ace dan Luffy.

Kematian Ace juga menjadi antara saat paling beremosi dalam One Piece.

Ketika berlawan dengan Teach di Banaro Island, Ace kemudiannya ditangkap Marines dan dihukum mati.

Luffy dan rakan-rakannya terpaksa menyelamatkan Ace di Marine Ford.

Selepas berjaya menyelamatkan Ace dan hampir berjaya melarikan diri, Admiral Akainu berjaya menarik amarah Ace untuk berlawan dengannya.

Ketika itu, Akainu sedar dia dapat menyerang Luffy tetapi dalam serangan itu Ace mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Luffy dari mati.

Kematian Ace ini adalah antara plot twist yang tidak disangka-sangka kerana karakter penting seperti Ace yang disangka tidak akan mati.

3. Pembelotan Aizen – Bleach

Foto: Studio Pierrot

Pembelotan Aizen ke atas Soul Society dalam Bleach menjadi antara pembelotan paling besar dalam anime Shonen.

Aizen sentiasa ditunjuk sebagai seorang yang bijak, tenang dan baik sebagai seorang Captain 5th Division dan sentiasa disukai ramai orang.

Suatu hari, Aizen tiba-tiba mati sehingga menyebabkan Soul Society menyangka Ichigo yang membunuh Aizen.

Semuanya berubah apabila Aizen sudah lama membuat pelan ini untuk menghancurkan Soul Society dan membunuh Soul King.

4. Memori Grisha – Attack On Titan

Foto: MAPPA

Attack on Titan selepas beberapa tahun memperkenalkan Eren Yeager sebagai seorang yang penuh dengan pelan rahsia sehingga membuatkan ramai terkejut dengan apa yang dia mahu buat.

Adik beradik Yaeger, Zeke dan Eren sentiasa mempunyai pendapat berbeza mengenai penggunaan kuasa Founding Titan.

Zeke percaya Eren sebenarnya dicuci otak oleh ayah mereka iaitu Grisha untuk menjadi seorang yang sangat ekstremis terhadap Eldians dan Merleyans.

Tetapi Zeke akhirnya sedar Grisha adalah bapa yang baik untuk Eren tetapi bukan untuknya.

Sebaliknya, Eren adalah orang yang menggunakan kuasa Attack Titan untuk memanipulasi Grisha bagi membunuh keluarga Reiss.

Boleh dikatakan Eren sedang bermain Catur 4D tetapi orang lain hanya bermain dam.

5. Pembelotan Griffith – Berserk

Foto: Berserk

Persabahatan Guts dan Griffith menjadi antara tarikan paling menarik dalam cerita Berserk.

Griffith sedar akan kekuatan Guts dan mengajaknya bersama-sama menunaikan impian Griffith.

Tetapi apabila Guts keluar dari Band of the Hawk, Griffith seolah-olah hilang arah tujuan dan akhirnya ditangkap dan didera selepas mencabuli dan memanipulasi permaisuri yang sepatutnya dijaganya.

Selepas beberapa tahun, Griffith akhirnya diselamatkan Guts dan Band of the Hawk, tetapi Griffith tidak sengaja memanggil Eclipse tetapi dia bersetuju untuk mengorbankan kesemua Band of the Hawk untuk menjadi Apostle yang kuat bagi memimpin sebuah negara demi impiannya.

Guts dan Band of the Hawk menjadi mangsa Griffith dimana Guts terpaksa melihat insan tersayang dicabuli dan rakan-rakan Band of the Hawk didera dan dibunuh kejam di hadapan matanya sendiri.

Semua ini hanya kerana Griffith mahu menjaga maruah dan harga dirinya sendiri.

RELATED NEWS

+