Luckin Coffee baru-baru ini berkolaborasi dengan Honor of Kings bagi melancarkan siri kopi baharu iaitu Fruity Series, yang menggabungkan aroma kopi dan buah iaitu Orange Americano dan Grape Fizzy Americano.

Di cawangan Luckin Coffee Sunway Pyramid semalam, pelancaran itu turut memperlihatkan kehadiran dua cosplayer terkenal, Angellowee (@therealangelloweee) dan Lea (@lea_coser) yang tampil sebagai watak Shi dan Yao dari permainan.
Terdapat kad foto eksklusif buat pembeli dan peminat bertuah dapat merakam sesi bergambar bersama cosplayer watak kegemaran mereka.
Luckin Coffee juga melancarkan barangan edisi terhad dari 6 Jun hingga 30 Jun ini. Barangan seperti Pop socket, gantungan telefon, dan pelekat holografik menjadi buruan peminat yang ingin menunjukkan mereka mengikuti trend terkini.

Pelanggan boleh mendapatkan barangan ini melalui tiga pakej kombo yang menarik: Kombo Solo Buff (RM12) menawarkan secawan Siri Buah-buahan bersama pop socket atau gantungan telefon, Kombo Duo Buff (RM20) membawa dua minuman—sama ada dua Siri Buah-buahan atau satu Siri Buah-buahan dan satu minuman bestseller bersama barangan pilihan manakala Kombo Fruity Boost (RM18) menghidangkan dua minuman Siri Buah-buahan untuk kesegaran maksima.
Setiap kombo disertakan pelekat holografik yang sudah tentu tidak akan dilepaskan para peminat HOK.
Bagi yang pantas bertindak dan aktif di media sosial, Luckin menawarkan kejutan istimewa. Dari 6 hingga 8 Jun, 100 pelanggan pertama setiap hari yang memuat naik gambar bersama standee Honor of Kings di Instagram atau Facebook dengan tanda pagar #BuffUpWithLuckin serta tag @luckincoffee.msia dan @HonorofKingsMalaysia berpeluang menebus Pakej Buff Up.
Pakej ini termasuk Fizzy Grape Americano percuma, baucar Beli 1 Percuma 1, dan dua kupon diskaun 40%, yang hanya boleh ditebus melalui aplikasi Luckin Coffee selepas pengesahan kakitangan. Ini adalah hadiah untuk kreativiti dan kesetiaan peminat.

setahun yang lepas