Malaysia dilaporkan memotong babak kolam renang filem Chainsaw Man

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Malaysia kembali dalam cubaan menapis babak dalam filem dan animasi.

Baru-baru ini viral di media sosial apabila salah satu babak dalam filem Chainsaw Man – The Movie: Reze Arc kini dibuang.

Foto: Mappa

Babak yang dibuang itu adalah satu babak kolam renang diantara Denji dan Reze.

“Versi suntingan ini dibuat untuk mengikut peraturan Lembaga Penapis Filem (LPF), dimana sangat ketat jika berkaitan dengan kandungan seksual dan menjurus kearah itu,”

Dalam satu ciapan Instagram dari Daily Dose Of Anime, peraturan ini perlu dipatuhi dan diolah oleh undang-undang, budaya dan agama dimana babak intim perlu dipotong.

Foto: Daily Dose of Anime

Ramai mengatakan perkara ini sangat normal di Malaysia dimana banyak perkara dan babak dalam filem dipotong.

Foto: Facebook

Menurut satu komen, babak itu sebenarnya masih ada tetapi babak dimana Denji dan Reze membuka baju sahaja yang dipotong.

Dia juga mengatakan ramai tidak akan sedar mengenai hal itu kerana ia dilakukan secara rapi dan kemas.

SEA: MashableSEA

Ini bukan pertama kali anime dan manga dipotong atau dikaburkan. Attack on Titan juga pernah diolah semula dengan memberikan pakaian kepada titan.

Chainsaw Man adalah manga yang dihasilkan oleh Tatsuki Fujimoto. Ia mengikuti Denji, seorang lelaki yang bergabung dengan demon peliharaannya dan menjadi Chainsaw Man.

Filem ini kini sedang ditayangkan di GSC dan TGV Cinemas.

RELATED NEWS

+