Chainsaw Man akan meneruskan penceritaannya tetapi kali ini dalam versi filem.
Tiga tahun selepas musim pertama akhirnya Chainsaw Man – The Movie: Reze Arc akan ditayangkan tidak lama lagi.
format(webp))
Foto: MAPPA
Menurut Presiden MAPPA, Manabu Otsuka , Arc Reze ini dibuat dalam versi filem kerana penceritaan arc ini lebih sesuai sebagai satu filem.
Arc kali ini akan menceritakan Denji yang berjumpa dengan seorang wanita bernama Reze.
Denji akhirnnya dapat merasakan kasih sayang tetapi dia tidak mengetahui Reze sebenarnya mempunyai motif yang lebih berbahaya.
Lagu tema filem kali ini bertajuk IRIS OUT yang juga telah menjadi penyanyi untuk lagu pembukaan anime Chainsaw Man iaitu KICK BACK.
Filem Chainsaw Man – The Movie: Reze Arc akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 25 September ini.

setahun yang lepas