Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!
Satu langkah besar untuk memperkuatkan lagi posisi Malaysia sebagai salah satu kuasa besar e-sukan, Malaysian Esports Federation (MESF) menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad lalu.
Majlis ini juga dihadiri oleh YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan.
Parjanjian ini dimeterai bersama tiga organisasi iaitu MESF, iGG Arena Esports Sdn. Bhd dan Cyberview Sdn. Bhd.

Foto: MESF
Menerusi tandatangan MOU ini, Malaysia Esports Village (Perkampungan E-sukan Malaysia) di Cyberjaya akan dibangunkan dan merangkumi:
- Stadium E-sukan untuk acara antarabangsa
- Akademi E-sukan dan Pusat Latihan buat bakat baru
- Esports Experience Showrom untuk menunjukkan perkembangan teknologi
- Pusat Pembangunan Permainan Video untuk menarik minat syarikat besar industri permainan video.
Kesemua perjanjian dan perkongsian ini adalah penting untuk posisi Malaysia di pentas global e-sukan.

Foto: MESF
MESF juga ada menandatangani MOU bersama MIMOTA Sdn. Bhd. bagi merevolusikan pembelajaran e-sukan melalui pembelajaaran Teknikal dan Vokasional dan Latihan (TVET).

Foto: MESF
Inisiatif ini akan melancarkan program yang relevan dengan industri untuk sertai sektor e-sukan, dan sebagai salah satu jalan bagi anak muda Malaysia membina kemahiran teknikal untuk menyertai karier profesional dalam industri itu.
Tambahan lagi, MESF juga menandatangani MOU dengan Sarawak Esports Association (SESA) dan PC Image Sdn. Bhd.

Foto: MESF
Perjanjian ini adalah untuk membangunakn e-sukan di Sarawak bagi memainkan peranan penting dalam sektor e-sukan Malaysia.
“MOU ini bukan hanya tandatangan di atas kertas, sebaliknya ia menunjukkan keinginan kami untuk memecah sempadan e-sukan di Malaysia. Ditambah dengan Malaysia Esports Village, program TVET yang kukuh, perkongsian serantau yang strategik, kami mahu memupuk tapak asas untuk masa depan di mana Malaysia satu kuasa dominan dalam e-sukan global,” ujar Muhammad Naim Al Amin bin Dato’ Saharudin Presiden MESF.
Perjanjian ini disertai oleh ramai pemain industri yang penting dalam ekosistem e-sukan negara.

setahun yang lepas