Malaysian Esports Federation (MESF) bakal memperkenalkan satu garis panduan digital untuk permainan video online termasuk Roblox.
Garis panduan ini bakal menjadi perlindungan kanak-kanak untuk tabiat tidak sihat ketika bermain permainan video.
Isnin lepas, pihak polis telah menyiasat seorang abang berusia 9 tahun telah ketagih bermain Roblox sehingga sanggun mengelar adiknya di Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja, Batu Pahat.
Presiden MESF Naim Zaharin bersetuju dengan Menteri Belia & Sukan Hannah Yeoh untuk memperkenalkan inisiatif selepas kejadian Roblox ini.
Menurut laporan dari New Straits Times, garis panduan ini akan diberikan kepada orang industri termasuk klasifikasi lebih jelas untuk kesesuaian permainan video mengikut kategori umur.
Ibu bapa dan penjaga boleh mengehadkan bermain permainan video dengan lebih efektif.
“Kami akan memperkenalkan garis panduan digital yang sesuai, termasuk Roblox, dan melancarkan program kesedaran untuk menangani isu ini dengan lebih baik,” tambah Naim.
Naim juga menjelaskan garis panduan ini permainan video yang mempunyai klasifikasi 18 tahun ke atas akan dihalang terus untuk kanak-kanak bawah umur.
Walaupun banyak permainan video diluar kategori esukan, Naim menegaskan MESF komited untuk mengekang tabiat tidak sihat dan risiko ke atas pemain muda.
Ibu bapa juga boleh terus membuat aduan ke MESF jika menjumpai apa-apa masalah berkaitan.

setahun yang lepas