Malaysia mara ke FIFAe World Cup Final 2024 – Kategori eFootball Mobile

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Malaysia kini layak ke perlawanan akhir FIFAe World Cup bagi kategori eFootball Mobile.

Muhaimin atau Minbappe selaku pemain wakil Malaysia untuk eFootball kategori mobile berjaya mengalahkan pemain dari India iaitu Danial dengan skor 2-1 ketika perlawanan separuh akhir.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by FIFAe (@fifae)

Perlawanan akhir akan bermula pada jam 8.30 malam ini dimana Malaysia akan berlawan dengan pemain Morocco iaitu AN10_Tienes.

Minbappe meneruskan kecemerlangannya apabila mendapat tempat pertama di Peringkat Kumpulan dengan lima kemenangan dan dua seri.

Dia kemudiannya menunjukkan taring di peringkat Knockout dengan mengalahkan Jepun dan India.

Anda boleh menonton perlawanan akhir ini di fifa.gg dan Twitch.

Selamat maju jaya buat wakil sulung Malaysia kita! Majulah e-sukan untuk negara!

RELATED NEWS

+