Minbappe, Derhaka dan Gege wakil Malaysia ke kelayakan Asia Timur & Oceania FIFAe Finals 2025

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Tiga pemain hebat eFootball kategori mudah alih, Minbappe, Derhaka dan Gege sah akan mewakili Malaysia di pusingan kelayakan Asia Timur dan Oceania FIFAe Finals 2025.

Ketiga-tiga mereka akan dilatih oleh jurulatih berbakat iaitu Ochibi dan juga TengkuMie sebagai pembantu jurulatih.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by FAM eRIMAU (@fam_erimau)

Dalam kejohanan itu, Malaysia akan bertanding dalam kumpulan B, dihimpunkan bersama India, Korea Selatan, Guam, Vietnam, Hong Kong dan New Zealand.

Kelayakan akan bermula hari ini hingga 5 Oktober secara dalam talian dan hanya empat negara akan melayakkan diri ke FIFAe Final World Cup di Riyadh pada Disember ini.

Mengikut format dipertandingkan, mereka akan bermain secara 1v1 dan pemain akan ditentukan oleh jurulatih kelak.

Foto: FAM Erimau

RELATED NEWS

+