Marvel Snap terkena tempias TikTok disekat di Amerika Syarikat

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini mengharamkan beberapa aplikasi dari Bytedance yang dikatakan mempunyai masalah keselamatan negara.

Dilancarkan pada Oktober 2022 lepas oleh Second Dinner Studios, Marvel Snap adalah permainan video collectible card game (CCG) terkenal dengan karakter ikonik dari Marvel.

Marvel Snap juga memenangi anugerah Best Mobile Game di The Game Awards pada Disember 2022 dan Best Mobile Game di A-Train Award 2023.

Semalam bermula hari pertama TikTok disekat di Amerika Syarikat kerana dimiliki oleh ByteDance.

Bukan sahaja Marvel Snap, beberapa permainan video seperti Mission EVO, Mobile Legends: Bang Bang, One Punch Man The Strongest, beberapa game ByteDance dan juga beberapa game lain dari Nuverse.

Second Dinner mengeluarkan kenyataan perkara ini hanyalah sementara sahaja dan tidak diduga oleh mereka.

Marvel Snap kini dibuang dari Google PlayStore, Apple App Store dan Windows di Amerika Syarikat.

Semalam juga, Presiden yang dipilih iaitu Donald Trump mengeluarkan kenyataan dia akan memanjangkan lagi tarikh akhir sekatan ini selama 90 hari.

RELATED NEWS

+