Dibuat oleh pembangun Snowbreak: Containment Zone, mengumumkan pra-daftar untuk Mecha BREAK kini dibuka untuk Android.
Mecha BREAK adalah permainan video mecha dengan aksi yang sangat pantas.
Permainan ini memberi anda pelbagai jenis mecha untuk berlawan di darat dan udara dengan mecha yang digelar Break Striker.
Third-person shooter ini telah mendapat pelbagai kritikan positif sehingga berjaya mendapat lebih 300,000 pemain ketika fasa ujian lepas.

Foto: Seasun Games Pte. Ltd
Terdapat beberapa mod yang anda boleh main iaitu PvP dan PvPvE.
Selain itu terdapat juga mod 6v6 Hero Shooter, 3v3 deathmatch dan Mashmak iaitu versi extraction Mecha BREAK.
Setiap Mecha akan mempunyai class dan kebolehan masing-masing mengikut apa yang anda suka.
Mecha BREAK juga mempunyai sistem pembinaan karakter yang sangat meluas dengan pelbagai jenis rekaan dan pakaian.

Foto: Seasun Games
Ini juga termasuk penukaran kustom warna-warna bagi mecha anda.

Foto: Twitter
Anda boleh pra-daftar Mecha BREAK di Google Play Store. Setakat ini masih belum ada pengumuman mengenai versi iOS.
Versi Android,PC dan Xbox X|S akan dilancarkan pada 1 Julai ini.

setahun yang lepas