Horizon: Steel Frontiers MMORPG baru dalam dunia Horizon

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Guerrilla Games dan NCSoft mengumumkan Horizon: Steel Frontiers Massively Multiplayer Online Role-Playing Games (MMORPG) baru dari dunia Horizon di mana anda akan berjumpa dengan robot pelbagai jenis haiwan di dalam dunia pasca kiamat.

Pemain akan berada di satu kawasan digelar Deathlands yang mengambil inspirasi daripada Arizona dan New Mexico.

Setiap pemain akan boleh membina karakter ‘machine hunter’ mereka sendiri .

Cara permainan Horizon MMO ini jauh berbeza daripada Horizon Zero Dawn dan Horizon Forbidden West yang memberi fokus kepada penceritaan satu pemain sahaja.

Foto: Guerrilla Games

Kebanyakan hunt yang dibuat dalam Horizon Steel Frontiers seakan-akan Monster Hunter di mana pemain mempunyai mount, kebolehan menyerang bahagian robot tertentu dan pelbagai lagi.

Foto: Guerrilla Games

Horizon: Steel Frontiers disahkan akan dilancarkan di PC, Android dan iOS tetapi tidak untuk PS5.

Tarikh pelancaran masih belum diumumkan.

RELATED NEWS

+