Dissidia Duellum Final Fantasy – Dissidia terbaru untuk iOS dan Android

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dissidia Duellum Final Fantasy akan dilancarkan pada 2026.

Setelah keluarnya Dissidia NT, ramai menjangkakan francais ini telah mati tetapi Square Enix masih belum berputus asa.

Permainan ini akan memberi fokus kepada 3 lawan 3 sambil berlawan dengan boss.

Dua pasukan perlu mengalahkan boss sebelum pasukan sebelah menang. Kali ini karakter terpilih dari semua Final Fantasy akan berada di Tokyo moden.

Satu kristal biru besar akan muncul dimana jika kristal itu mempunyai dark energy, raksasa akan muncul dan menyerang bandar itu.

Kesemua identiti karakter-karakter Final Fantasy anda digelar sebagai “Ghosts”.

Foto: Square Enix

Cloud, Rinoa, Warrior of Light, Lightning dan Cain adalah antara karakter yang disahkan ada dalam permainan kali ini.

Setakat ini genre yang disahkan adalah gacha tetapi Square Enix masih belum mengumumkan sama ada permainan ini adalah RPG Aksi atau turn-based.

Beta Tertutup

Beta tertutup setakat ini hanya untuk Android sahaja.

Tarikh pendaftaran: Sehingga 28 Oktober 2025

Jadual Beta: 6 ke 14 November (PST) / 7 – 14 November (UTC)

Masa Beta Tertutup dibuka: 7 malam sehingga 12:59 pagi (PST) / 3 pagi sehingga 8:59 pagi (UTC)

Pemain yang berminat boleh daftar beta tertutup di sini.

RELATED NEWS

+