Memperkenalkan Ryan Hurst pelakon Kratos dalam God of War aksi nyata

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

God of War secara rasmi disahkan akan menjadi satu siri televisyen yang akan dibangunkan oleh Amazon.

Francais God of War sudah lama popular sejak PlayStation 2 dan meneruskan legasi sehingga God of War dan God of War: Ragnarok.

Foto: Sony Entertainment

God of War 2018 pula telah memenangi Game of the Year pada tahun 2018 manakala God of War: Ragnarok kalah kepada Elden Ring pada tahun 2022 di The Game Awards.

Ryan Hurst pelakon Sons of Anarchy kini disahkan akan menjadi Kratos dalam God of War.

Lebih menarik Ryan Hurst adalah pelakon motion capture di sebalik Thor dalam God of War: Ragnarok.

God of War aksi nyata akan mengadaptasi penceritaan God of War (2018) di mana Kratos kini lebih matang bersama anaknya Atreus dalam perjalanan untuk membawa abu Faye, Isteri kedua Kratos ke tempat paling tinggi di antara kesemua nine realms.

Konflik bermulaapabila mereka terpaksa menghadapi pelbagai raksasa dan Baldur iaitu salah satu dewa Norse.

Perfileman akan dimulakan di Vancouver pada Mac ini dan dua episod pertama akan diarah oleh Frederick E.O Toye (The Boys, Fallout).

RELATED NEWS

+