Midnight Society, studio permainan video Dr. Disrespect ditutup

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Midnight Society, studio permainan video yang diasaskan bersama Guy ‘Dr. Disrespect’ Beahm mengumumkan penutupan studio mereka termasuk pembatalan First Person Shooter (FPS) mereka iaitu Deadrop.

Studio ini  ditutup selepas 3 tahun dan tarikh pelancaran Deadrop yang sepatutnya keluar tahun lepas juga tidak kesampaian.

Studio itu membuat pengumuman ini di laman Twitter/X.

Midnight Society juga mempunyai ramai pembangun permainan video veteran dari Call of Duty dan juga Halo seperti Robert Bowling dan Quinn Delhyo.

Deadrop bakal dibuat didalam dunia dimana tahun 80-an tidak wujud dan banyak karakter-karakter mereka mempunyai rekaan seperti Daft Punk termasuk dengan pistol dan pedang.

Permainan Deaddrop dikatakan mempunyai PvPvE extraction shooter.

Kini Midnight Society telah menyertai banyak lagi studio pembangun permainan video dalam industri permainan video.

RELATED NEWS

+