Mobile Legends: Bang Bang bakal memperkenalkan chat baharu selepas tamat perlawanan dengan Quick Chat dan Battle Emotes.
Fungsi ini dibuat untuk mengurangkan perangai toksik pemain-pemain selepas perlawanan.

Foto: Gamingonphone
Free Chat selepas permainan akan hilang dan anda hanya boleh menggunakan quick chat dan emote sahaja.

Foto: Gamingonphone
MLBB juga sekali lagi mengikut langkah League of Legends dengan membuang fungsi free chat untuk mengurangkan perangai toksik.
Anda masih boleh chat ketika bermain seperti biasa cuma chat selepas permainan sahaja yang bakal digantikan.
Mungkin selepas ini tiada lagi makian dan cacian yang anda kena selepas tamat perlawanan.
Sumber rujukan: Gamingonphone

setahun yang lepas