Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) melancarkan “Golden Month” dari 28 Februari hingga 1 April ini dengan menawarkan pelbagai hadiah mewah dan aktiviti menarik untuk pemain, rakan, dan keluarga.
#MLBBGoldenMonth memperkenalkan Dazzling Golden Spin, di mana pemain boleh mengumpul Spin Coins dan Keys untuk menebus ganjaran eksklusif seperti efek recall, bingkai avatar, serta skin terbaru Crescent Dervish dan Neon Edge untuk Ruby.

Buat pertama kalinya, MLBB akan memberikan satu hadiah utama setiap minit! Pemain berpeluang memenangi telefon OPPO (Reno 13 F, A5 Pro) atau diamonds dengan nilai yang sama. Aktiviti ini berlangsung setiap hari dari 10 malam hingga 3 pagi (GMT +8).

Untuk pra-pendaftaran, buka aplikasi MLBB, klik ikon bulan sabit, dan tetapkan peringatan (reminder). Kongsi kempen di media sosial untuk mendapatkan lebih banyak Spin Coins dan Keys!
Festival ini juga menggalakkan permainan berkumpulan, di mana pemain perlu membentuk pasukan lima orang untuk mengumpul serpihan peta dan menangi lebih banyak ganjaran!

setahun yang lepas