Dalam satu pengumuman baru-baru ini, MPL MY mendedahkan yang Dewan Sri Putra Bukit Jalil kembali menjadi lokasi utama untuk Liga Profesional MLBB (MPL MY) musim ke-16 kali ini.
View this post on Instagram
Kali terakhir lokasi itu digunakan adalah ketika musim ke-12 di mana Homebois berjaya bergelar juara. Lokasi kemudiannya digerakkan ke Dewan MBSJ Serdang Jaya untuk dua musim sebelum ke Stadium Juara bagi musim ke-15.
Bukit Jalil adalah lokasi strategik di mana perkhidmatan pengangkutan awam adalah sangat mesra pengguna dan peminat boleh berjalan kaki dari stesen tren ke acara.
Foto: MOONTON Games

setahun yang lepas