Pengumuman pemain RRQ dipinjamkan ke AERO Esports, Muhammad Balakosa (Hazle) yang pulang ke Indonesia untuk majlis graduasi nyata merisaukan peminat pasukan itu dan juga Kingdom (fandom RRQ) mengenai prestasi AERO menentang Team Vamos pada perlawanan semalam.
Namun, AERO Esports mengambil pemain baru, Alang Indra (Rannqt) yang mengambil alih posisi Hazle sebagai Jungler, semalam.
Perlawanan itu dilihat memihak kepada AERO pada mulanya sebelum Danish Tahqif (Error 404) menggantikan jungler Team Vamos, Muhammad Nazhan (Chibi) yang tidak begitu menyerlah.
View this post on Instagram
Di perlawanan kedua dan ketiga, Error 404 unggul sebagai Suyou sekaligus melayakkan Team Vamos ke playoffs MPL MY S15.
Membidas komen mengenai kekalahan AERO semalam, Muhammad Izzat (Sick) selaku Ketua Bahagian Sukan AERO Esports menjelaskan Rannqt hanya sempat berlatih selama tiga jam bersama ahli pasukan AERO.
“Sejujurnya, tak ada latihan yang intensif bersama Rannqt. Hari Jumaat selepas tamat perlawanan ke atas Monster Vicious (MV), malam itu, dia (Rannqt) datang dan main rank bersama pasukan selama tiga jam.
“Hari esoknya, kami terus lawan Team Vamos,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.
Rannqt menyinar sebagai Baxia jungler di game pertama namun tidak begitu menyerlah sebagai Fanny dan Fredrinn di perlawanan kedua dan ketiga. Ini seterusnya menyebabkan AERO tewas 1-2.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, kekalahan ini tidak mengubah apa-apa mengenai kedudukan AERO Esports yang sudah layak ke playoffs dan akan rematch ke atas Team Vamos sebelum bertemu SRG yang menunggu di pusingan semi final.

setahun yang lepas